Saturday, October 30, 2010

MINGGU 13 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera semua.....................

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah. Jingga dan kuning ( hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tandu di hadapan kepalanya.

Teruskan Membaca...

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera untuk semua...
Pada minggu ini kami telah diperkenalkan dengan "Gendang 24 Musim"..
apakah itu itu "Gendang 24 Musim"?? Ia begitu asing dengan saya kerana selama saya belajar di dalm bidang muzik di UPSI, inilah pertama kali saya mendengar perkataan itu..Gendang 24 musim ini berasal dari Negara China. Maksud 24 musim itu adalah menggambarkan 24 musim di dalam kalendar pertanian bagi masyarakat cina di sana. Didalam permainan gemdang 24 musim ini terdapat 24 biji gendang digunakan dan setiap satu gendang itu di lukis kaligrafi bertulis cina yang mewakili setiap musim di dalam kalendar pertanian masyarakat cina.

Gendang yang digunakan adalah sama dengan gendang yang digunakan di dalam persembahan tarian singa. Gendang 24 musim ini menggabungkan permaianan gendang dan pergerakkan badan pemain gendang tersebut. Saya sangat tertarik dengan persembahan gendang 24 musim ini kerana ia merupakan satu yang baru kepada saya. Di Malaysia, gendang 24 musim ini telah diasakan oleh En Chen Wei Chong dari negeri Johor..Gendang 24 musim ini dimainkan oleh 24 orang lelaki dan 24 biji gendang Shigu. Pemain gendang akan memakai baju masyarakat cina yang menggambarkan pertanian.

Saya sangat tertarik dengan persembahan gendang 24 musim ini. Saya harap satu hari nanti saya akan dapat bersama-sama rakan yang lain untuk bermain gendang 24 musim ini..nantikannya....... =)
Teruskan Membaca...

Friday, October 15, 2010

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera........
Sedar tidak sedar, pembentangan telah sampai ke kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan wayang kulit. Sebelum pembentangan ini dimulakan, kami telah di persembahkan dengan pertunjukan wayang kulit kelantan. Ini adalah pertama kali dalam hidup saya menonton persembahan wayang kulit.
Persembahan wayang kulit ini telah di jayakan oleh pelajar dan staf dari Fakulti Muzik dan Seni persembahan. Saya begitu teruja dengan persembahan wayang kulit ini. Selepas persembahan wayang kulit ini, kami telah dibentangkan dengan tajuk wayang kulit. Banyak input yang telah saya dapat daripada pembentangan ini. Jika selama ini saya hanya tahu di Kelantan sahaja ada wayang kulit, tetapi di negeri lain juga ada wayang kulit.
Diharapkan pembentangan begini diteruskan di masa akan datang demi memperkenalkanc uzik tradisional Malaysia kepada ramai lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Teruskan Membaca...

Monday, October 11, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Assalamuailaikum...
Salam Sejahtera...
Pada minggu ini kumpulan saya iaitu kumpulan "Nobat" telah mempersembahkan pembentangan kumpulan kami mengenai muzik nobat. Muzik Nobat merupakan satu muzik Istana dan hanya dimainkan di istana sahaja. Setiap dari kami telah melakukan tugas yang baik semasa pembentangan di jalankan. Selain itu, terdapat satu lagi kumpulan akan membentangkan tentang "Muzik Orchestra Cina Moden".kumpulan yang membentangkan " Muzik Okestra Cina Moden" juga turut memberi kerjasama yang baik berdasarkan hasil pembentangan yang dilakukan.
Dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah muzik okestra cina moden ini berjaya menarik minat saya untuk masuk ke dunia muzik itu. Hasil kerja lapangan mereka yang ditunjukkan kepada kami ternyata membawa satu kelainan dari kumpulan-kumpulan lain sebelum ini. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu apa itu muzik okestra cina moden. Saya hanya mengetahui tentang opera cina sahaja maka 'muzik okestra cina moden' adalah benda bari bagi saya. Setelah mendengar penjelasan mengenai muzik ini saya mengetahui terdapat banyak kelainan di dalam muzik ini berbanding muzik-muzik yang lain terutamanya peralatan muzik yang digunakan ternyata berbeza dan unik dari yang lain. Oleh itu, kumpulan ini berjaya membuat pembentangan yang baik kerana mereka dapat menguasai tajuk yang diberikan dengan baik.


Teruskan Membaca...

Friday, October 8, 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Sedar tak sedar kuliah bagi kursus Muzik Tradisional Malaysia ini telah pun sampai ke minggu yang ke-9. Kepantasan menangani blog dan menggunakan blog juga menjadi semakin baik. Sebelum kuliah dimulakan pada minggu ini, saya dan rakan diberi penerangan dengan lebih lanjut lagi mengenai permainan alat muzik seperti rebab, gong, kesi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan kami juga diberi peluang untuk mendengar bagaimana alat itu dimainkan. Di samping itu, ada juga di antara kami diberi peluang untuk merasakan sendiri bagaimana untuk bermain dengan alat muzik tradisional ini.

Kuliah diteruskan lagi seperti biasa iaitu pembentangan daripada kumpulan yang sepatutnya membuat pembentangan pada minggu ini. Kumpulan ini ditugaskan untuk menkaji dengan lebih lanjut mengenai muzik tradisional Mak Yong. Walaupun tajuk ini telah dipelajari sebelum ini, namun demikian kajian yang dijalankan oleh kumpulan ini tidak kurang hebatnya. Mereka mencari maklumat dan fakta-fakta yang tersirat disebalik muzik tradisional Mak Yong ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Pembentang memulakan pembentangan dengan merungkai serba sedikit mengenai sejarah, asal usul Mak Yong. Mak yong merupakan sebuah seni lakon yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Cerita-cerita yang dipersembahkan di dalam seni muzik Mak yong ini di ambil juga daripada seni persembahan Menora dan sebagainya untuk menghasilkan sebuah jalan cerita yang menarik minat penonton. Mak yong bukan sahaja dipersembahkan sebagai hiburan malahan juga sebagai perubatan.

Persembahan Mak yong biasanya dimulakan dengan lagu mengadap rebab dan diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Mak yong yang dipersembahkan di kawasan pedalaman biasanya dipentaskan di kawasan yang terbuka serta berlatarkan daun kelapa.

Bentuk-bentuk yang dipersembahkan di dalam seni persembahan Mak yong ditentukan dalam sistem gongan. Gongan merupakan sistem pusingan atau jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic yang dihasilkan oleh gong. Irama di dalam seni persembahan Mak yong pula menggunakan 4 jenis timbre iaitu PAK, DUH, CAK, TING dan dipersembahkan dengan gaya meningkah.

Akhir sekali, saya sebagai pelajar muzik amat berbangga apabila kumpulan pembentang pada minggu ini memberi peluang kepada semua pelajar merasakan sendiri bagaimana tarian rebab dilakukan dan mengetahui serba sedikit langkah-langkah yang dipersembahkan kepada penonton.
Teruskan Membaca...

Thursday, September 2, 2010

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuliah pada minggu ini pula telah membawa saya menjelajah ke dalam seni persembahan Menora yang dikupas dengan lebih mendalam lagi oleh kumpulan M.I.N.D.A. Kajian yang dijalankan amat menarik minat saya dan membuatkan saya ternanti-nanti setiap penerangan yang dibuat mengenai menora.

Menora membawa maksud mendatari, pembaca puisi atau pemimpin dan seni persembahan ini merupakan seni drama tari. Menora mempunyai 12 buah cerita asal dan 7 buah cerita yang telah diubahsuai. Menora dipersembahan dengan tujuan yang pelbagai, di antaranya adalah bertujuan perubatan, animisme contohnya menyediakan makanan kepada makhluk halus, dan berunsur jenaka.

Menora berasal dari Songkla, Thailand. Seni persembahan yang menora yang dipertontonkan di Thailand jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan menora yang dipersembahkan di Kelantan. Bachok dan Tumpat merupakan di antara tempat-tempat yang kaya dengan seni persembahan menora jika hendak dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Negeri Kelantan.

Menora dimainkan secara Buddha di istana dan mempunyai manteranya yang tersendiri. Menora juga banyak dimainkan di kuil sebagai upacara keagamaan. Menora mempunyai cerita dan watak-perwatakannya yang terdendiri. Banyak pendapat yang telah diwarwarkan oleh rakan ketika membentangkan mengenai tajuk ini. Sebagai contoh yang telah diberikan oleh rakan-rakan yang membentang adalah Raja - Saifafat, Permaisuri - Nang Seri Dok Mai dan ramai lagi.

~Contoh Penceritaan yang terdapat di dalam seni persembahan Menora~
  • Raja mempunyai seorang Puteri
  • Puteri bermain mainan baru - Menora
  • Murka
  • Berkahwin
  • Putera Thep
  • Istana
  • Ajak Seri Mala
Menurut kajian yang dijalankan oleh rakan-rakan saya ini, Menora haruslah mempunyai:~
  • Pak Sitong
  • Inang (Dayang)
  • Perang-Pengasuh di dalam istana (memakai topeng)
Seni persembahan kuda kepang yang telah dikupas dengan lebih lanjut pada minggu lepas mendapati bahawa seni pemsembahan ini mengenakan busananya yang tersendiri kepada pemain sebelum memulakan persembahan. Begitu juga seni persembahan menora, ia juga mempunyai busananya yang tersendiri. Misalnya pelakon lelaki yang berlakon di dalam seni persembahan menora ini dikehendaki memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang berwarna-warni, manakala kecopong atau cha-da diletakkan di kepala. Bertali pinggang dan berselendang kain. Bersarung kaki dan bersarung kuku dan lain-lain lagi. Bagi watak perempuan pula, ia tidak jauh berbeza dengan pakaian yang dikenakan kepada watak lelaki. Perbezaannya cuma watak perempuan tidak memakai kecopong di kepala. Watak peran pula merupakan lelaki yang bertopengkan peran, berselendang dan dipanggil 'phakoma' serta bertopeng berwatak jenaka. Bagi ahli muzik yang mengiringi seni persembahan ini pula mereka berhak berpakaian bebas.

Namun demikian, menora juga mempunyai adat dan pantang larangnya yang tersendiri. Misalnya adat buka panggung iaitu, sebuah panggung khas berbumbung mesti didirikan di atas tanah. Terdapat beberapa bahan perlu disediakan sebelum sesebuah panggung itu dibuka iaitu:~
  • Colok
  • Pulut Kuning
  • Darah
  • Beras
  • Sireh
  • Lain-lain
Pantang larang yang diaplikasikan di dalam seni persembahan menora ini adalah seperti barang-barang atau busana yang dikenakan seperti kecopong, topeng dan lain-lain perlu di simpan di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri 'spirit' akan mengganggu pada persembahan yang seterusnya.

Walau bagaimanapun, keaslian yang terdapat di dalam seni persembahan menora ini semakin lama semakin ditinggalkan. Hal ini kerana, seni persembahan menora pada masa kini tidak lagi menggunakan busana yang telah lama diwarisi secara turun-temurun. Busana yang dikenakan kepada penari dan pelakon pada masa kini adalah mengikut peredaran masa.

Alat-alat muzik yang digunakan di dalam seni persembahan menora adalah:~
  • 1 Geduk
  • 1 Canang (sepasang)
  • 2 Gedombak
  • 1 Cerek
  • 1 Kesi
Menora merupakan drama tari, jadi di dalam seni persembahan ini, ia mempunyai gerak tarinya yang tersendiri. Misalnya:~
  • Gerak Tari Burung Kinaree
  • Gerak Tari Masuk
  • Tarian Penjuru Besar (Jalan Angsa)
  • Tarian Penjuru Kecil (Gerak Tari gajah)
  • Gerak Tari Labah-labah
Saya mengharapkan kesenian seperti ini akan terus berkembang pesat bukan sahaja dalam kalangan rakyat dari negeri Kelantan tetapi bagi negeri-negeri lain juga. Kesenian seperti inilah yang harus dipertahankan.






Sekian Terima Kasih



Teruskan Membaca...

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini saya mengikuti kuliah hasil pembentangan daripada rakan-rakan yang membentangkan mengenai muzik tradisional keroncong dan kuda kepang. Kumpulan pembentang ini diberi tugasan untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai tajuk masing-masing.

Pembentangan dimulakan dengan penerangan mengenai muzik tradisional keroncong. Muzik tradisional keroncong ini merupakan muzik yang tidak asing lagi bagi saya kerana Fakulti Muzik dan Seni persembahan (Universiti Pendidikan Sultan Idris) ini juga mempunyai pasukan keroncong mereka yang tersendiri. Malahan kajian yang dijalankan oleh rakan-rakan saya yang membentang pada minggu ini juga melibatkan pemuzik di dalam pasukan keroncong ini. Mereka menerangkan satu-persatu bagaimana hendak bermain dengan alat-alat muzik yang terdapat di dalam ensemble keroncong ini. Mereka ini tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan pasukan keroncong yang lain.

Namun demikian, hasil kajian yang dibentangkan oleh kumpulan ini sedikit sebanyak telah membuatkan saya mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai muzik tradisional keroncong ini. Bermula dari sejarah keroncong, keroncong dikatakan berasal dari Portugis manakala ianya di bawa masuk ke Malaysia oleh masyarakat Jawa yang merantau untuk berdagang serta mencari kerja di sekitar 1940-an. Seterusnya saya disajikan pula dengan evolusi alat yang berlaku di dalam ensemble keroncong ini. Misalnya, pada awal penubuhun ensemble ini, ukulele hanya diiringi oleh kentung bambu, tempurung kelapa dan sebagainya. Seterusnya alat muzik mandolin dimasukkan ke dalam ensemble ini sekitar abad ke-19 dan seterusnya lagi, harmonika pula dimasukkan ke dalam ensemble ini bagi memainkan melodi. Evolusi alat ini berlaku sehinggalah 7 alat terakhir yang menjadi alat tetap di dalam ensemble keroncong dipilih. Walau bagaimanapun ada juga ensemble keroncong yang akan menggunakan alat-alat tambahan ketika membuat persembahan. 7 alat-alat terakhir itu adalah:~
  • Bioli (Violin)
  • Seruling (Flute)
  • Gitar
  • Ukulele (Cuk)
  • Tenor Banyo (Cak)
  • Cello
  • Double Bass
Setiap alat-alat muzik di dalam ensemble keroncong ini mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Setiap alat yang digunakan memainkan rentak yang berbeza.



Setelah selesai pembentangan mengenai muzik tradisional keroncong, kuliah diteruskan lagi dengan pembentangan mengenai kuda kepang. Kali ini pula saya akan didedahkan dengan hasil kajian daripada rakan-rakan yang mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kesenian yang terdapat di dalam permainan kuda kepang. Kuda kepang merupakan seni persembahan yang amat menarik .

Pembentangan oleh kumpulan ini dimulakan dengan merungkai mengenai sejarah di dalam seni persembahan kuda kepang. Kuda kepang dikatakan berasal dari Jawa. Nama lain yang diistilah bagi menggantikan kuda kepang adalah seperti 'jaran kepang' dan 'kuda lumping'. Jaran membawa maksud kuda manakala kepang bermaksud anyaman.

Terdapat 7 alat muzik utama yang digunakan semasa persembahan kuda kepang ini dijalankan iaitu:~
  • Gendang Jawa
  • Gong
  • Jidur
  • Kenong Kuda Kepang
  • Saron Peking
  • Angklong
  • Bonang
Seterusnya pembentang merungkai pula mengenai mengenai rahsia disebalik kostum yang dikenakan kepada setiap pemain yang terlibat di dalam seni persembahan kuda kepang ini. Kustom yang digunakan dan dipakai oleh pemain adalah ketopang atau tengkolok, seluar dijahit dengan batik jawa dan pakaian tradisi jawa kuno.

~pemain kuda kepang~

Pembentang juga menerangkan mengenai cara, fungsi dan bilangan penari yang terlibat di dalam sesebuah persembahan kuda kepang. Kuda kepang dipersembahankan di tempat yang terbuka. Jampi yang dibacakan oleh 'tok bomoh' menjadi pembuka di dalam sesebuah persembahan kuda kepang. Apabila muzik mula bergema, penari-penari atau pemain kuda kepang akan mula dibawa masuk ke gelanggang untuk beraksi. Setiap pergerakkan yang dilakukan oleh penari adalah mengikut rentak serta pola muzik yang dimainkan. Pada awalnya, muzik yang dimainkan agak membosankan dan pergerakkan penari kuda kepang juga menjadi perlahan. Semakin lama beraksi penari kuda kepang ini akan mula melakukan pergerakkan aneh dan luar biasa. Semasa penari berada di dalam keadaan demikian, muzik yang dimainkan juga menjadi semakin rancak.

Bilangan pemain yang terlibat di dalam sesuatu persembahan kuda kepang biasanya ialah 25 orang yang terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang yang bertindak sebagai 'bomoh' pemulih dan 9 - 15 orang bertindak sebagai penjaga kawasan. Hal ini kerana, tanpa disedari penari-penari kuda kepang ini juga akan bertindak di luar kawalan dan menyerang para penonton yang datang.

Di samping itu, seni persembahan kuda kepang ini juga mempunyai pantang larangnya yang tersendiri,. Di antara pantang larang yang diutarakan oleh kumpulan pembentang merangkumi pelbagai aspek. Di antaranya adalah penari, kuda kepang, para penonton, pemain alat muzik dan sebelum memulakan tarian. Pantang larang sebelum memulakan tarian adalah jampian. Pantang larang bagi pemain atau penari kuda kepang pula adalah seperti tidak boleh melihat kain yang berwarna merah manakal pemain muzik pula mesti memainkan muzik mengikut keadaan penari kuda kepang pada ketika itu.

Persembahan kuda kepang biasanya dijalankan di tempat yang terbuka. Hal ini kerana kuda kepang tidak mempunyai gelanggang yang khusus untuk diadakan persembahan. Namun demikian, tempat yang menjadi pilihan untuk diadakan persembahan mestilah berukuran di antara 40 x 60 m.

Demikianlah berakhirnya sesi pembentangan pada minggu ini. Berikutan itu, saya sedikit sebanyak telah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kedua-dua seni persembahan ini. Saya berharap agar seni persembahan yang cukup menarik untuk dipertontonkan ini akan sentiasa di berada di hati kita supaya ia tak luput di telan zaman. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kesenian yang kita miliki ini bersama supaya generasi muda kelak mereka akan kenal dari mana asalnya muzik tradisional yang kita miliki pada hari ini.





Sekian Terima Kasih
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    5 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    5 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    6 years ago

Blog Pelajar Kumpulan B

  • JURNAL MINGGU KE-14 - Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya dimainka...
    5 years ago
  • refleksi jurnal : minggu ke 14 - Salam Lembaran minggu ke 14 Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
    5 years ago
  • MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN - Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah Mu...
    5 years ago
  • Minggu 13 : Jurnal Refleksi - Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini, tajuk yan...
    5 years ago
  • MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL - Assalamualaikum w.t.b… Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
    5 years ago
  • MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI - Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan akhir. ...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS - Salam Sejahtera.. Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
    5 years ago
  • MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI - Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog... Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini m...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KE-14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14 di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
    5 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    5 years ago
  • Minggu 6: Jurnal Refleksi - Salam Warisan & Salam 1 Malaysia... (^_^) Di Ruangan Ini Bertemu Lagi, Untuk Melengkapkan Jurnal Refleksi, Makyung & Kompang Kuliah Kali Ini, Persembaha...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    6 years ago

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template