Sunday, July 25, 2010

MINGGU 2 : JURNAL REFLEKSI

Asaalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog saya. Pada kali ini,saya ingin menceritakan tentang pembelajaran saya pada minggu ke-2 mengenai Muzik Tradisonal Malaysia. Pada kuliah ini,kami telah di dedahkan secara umum mengenai kandungan-kandungan yang terdapat di dalam Muzik Tradisional Malaysia ini. Terdapat beberapa bahagian di dalam pembelajaran pada minggu yang ke-2 ini yang perlu dikupas antaranya ialan soundscapes,budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, dan konsep / struktur.

Soundscapes ialan satu perkataan yang kita boleh bahagikan kepada 2 bahagian iaitu sound dan scape. Sound merupakan suara ataupun bunyi manakala scapes merupakan satu pemandangan. Jika kita menggabungkan kedua-dua perkataan ini ia akan membawa maksud pemandangan bunyi merujuk kepada karaktor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.

Kuliah diteruskan dengan penerangan mengenai apakah itu dimaksudkan budaya muzik. Budaya muzik ini merupakan satu unsur muzik tidak dapat lari dari sesebuah komuniti tertentu. Ia dapat dilihat melalui budaya yang telah diterapkan kepada masyarakat, contoh yang jelas adalan masyarakat Melayu. Di mana budaya ini telah diterapkan di dalam diri seseorang individu itu sejak dari kecil dan individu juga akan mempraktikan budaya yang telah dipelajarinya itu pada masa yang datang. Budaya muzik ini juga diwarisi dari generasi ke generasi. setiap kaum juga mempunyai budaya muzik yang tertentu yang telah diwarisi sejak dahulu lagi.

Muzik mempunyai pengertian yang luas. Jadi kita perlulah mengerti apakah sebenarnya yang dianggap muzik. Muzik adalah dicipta oleh manusia untuk manusia yang mempunyai mesej dan disampaikan dengan pelbagai cara. Kategori alat muzik juga memainkan peranan yang penting dalam sesuatu muzik itu. di dalam kuliah ini saya telah didedahkan tentang kategori alat-alat muzik antaranya ialah alat muzik Kordofon, Membranofon, Aerofon, dan Idiofon.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template