Monday, August 2, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi kita pada kuliah minggu ke - 3 Muzik Tradisional Malaysia. Pada minggu ini banyak perkara baru yang saya pelajari, antaranya ialah mengenai ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia, 5 jenis-jenis muzik dalam muzik tradisional Malaysia, klasifikasi muzik tradisional Malaysia

Objektif pembelajaran kami pada minggu ini ialah :
1. Kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia
2. Kategori muzik tradisional Malaysia
3. Ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.

Setelah diterangkan oleh En. Amran pada kuliah minggu ke - 3 ini, dapatlah saya huraikan bahawa terdapat 2 kaedah klasifikasi di dalam muzik tradisional Malaysia ini iaitu Adaptational dan Idiosyncractic. Adaptational (penyesuaian) iaitu bermaksud organik. Organik pula bermaksud benda-benda hidup. Boleh ditafsirkan bahawa muzik merupakan satu benda hidup yang bergerak mengikut budaya dan kesesuaian sesuatu masyarakat itu. Sebagai contoh muzik Ghazal, di Malaysia terdapat Ghazal Pathi dan Ghazal Johor. Walaupun kedua-dua ini mempunyai nama yang sama tetapi dari segi rentak dan corak irama kedua-dua muzik ghazal ini sangat berbeza. Ghazal Pathi adalah dari utara Malaysia manakala Ghazal Johor adalah dari selatan Malaysia.

Ghazal Pathi


Ciri-ciri Ghazal Pathi


Ghazal Johor


Idiosyncractic pula merupakan satu tafsiran yang menggambarkan gaya atau cara tersendiri. Contohnya seperti alat muzik gambus. Walaupun alat muzik itu berasal dari Timur Tengah, tetapi apabila alat muzik itu sampai ke Tanah Melayu ia telah disesuaikan gaya permainannya dengan budaya dan kesesuaian masyarakat di Tanah Melayu sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template