Monday, August 9, 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera semua...
Bertemu lagi kita pada kuliah minggu ke - 4 iaitu berkaitan dengan "Wayang Kulit". Terdapat 3 objektif untuk dicapai pada kuliah kali ini mengenai wayang kulit iaitu :

- Jenis-jenis wayang kulit.
- Alat-alat muzik wayang kulit.
- Perbezaan antara wayang kulit.



Kuliah di mulakan dengan penerangan awal mengenai jenis-jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Wayang kulit merupakan satu bentuk penceritaan yang disampaikan oleh seorang pencerita iaitu dikenali sebagai Tok Dalang. Wayang kulit disampaikan/dipancarkan menerusi satu layar putih ataupun dikenali sebagai kelir. Jenis-jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia antaranya ialah :

- Wayang kulit jawa.
- Wayang kulit gedek.
- Wayang kulit melayu.
- Wayang kulit kelantan.

Wayang kulit Jawa




Wayang kulit Gedek



Wayang kulit gedek berasal daripada negara Thailand dan menggunakan patung yang lebih kecil dari wayang kulit yang lain dan posisi mukanya adalah di depan. Wayang kulit gedek pula selalunya dimainkan di kawasan utara semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah dan Perlis. Bahasa yang digunakan mempunyai campuran iaitu bahasa Thai dan tempatan. Isi penceritaan wayang kulit gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Biasanya wayang kulit gedek ini banyak mempersembahkan tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara ini. Patung-patung yang digunakan juga dikatakan mempunyai pengaruh Nong Talung.

Wayang kulit Kelantan



Wayang kulit Melayu pula dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia. Wayang kulit ini terdapat di Kedah dan Kelantan dan dikatakan ia masih ada di Kampung Cicah, Kelantan. Untuk mengenali watak patung yang baik dan tidak sombong, lazimnya bentuk saiz badan patung akan kelihatan lebih kecik dari watak jahat dan posisi kepala patung akan tunduk ke bawah. Manakala bagi watak jahat dan sombong , karakter patung berlainan dari watak baik contohnya seperti hidung patung kelihatan lebih besar dan kepalanya mendongak ke atas. Kedua-dua sendi tangan patung boleh di gerakkan. Pada zaman dahulu, wayang kulit melayu ini dimainkan di Istana Patani yang berkaitan dengan Epos Mahabrata. Cerita yang disampaikan di dalam wayang kulit ini adalah berkaitan dengan epik Mahabrata terutama cerita Pendawa Lima. Manakala dari segi patung-patung ia mempunyai persamaan dengan wayang Purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template