Saturday, August 14, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita pada minggu ini, pada minggu ini kami telah didedahkan dengan muzik gamelan dan caklempong. Terdapat 3 objektif mengenai muzik gamelan dan caklempong iaitu ;

Gamelan & Caklempong
  • Sejarah dan jenis-jenis gamelan / sejarah caklempong
  • Alat muzik gamelan / caklempong
  • Sistem tonal, melodi, struktur dan bentuk.
Muzik Gamelan

Muzik caklempong

Muzik Gamelan

Perkataan gamelan berasal dari perkataan bahasa jawa iaitu gamel yang bermaksud ditabuh ataupun dipukul. Pada kebiasaannya gamelan dimainkan secara ensemble iaitu secara berkumpulan. Satu persembahan gamelan akan menjadi lengkap apabila dimainkan secara berkumpulan.Alat muzik gamelan dibuat daripada perunggu dan kayu dan juga ada yang diperbuat daripada besi dan buluh. Terdapat 2 jenis gamelan yang perlu kita ketahui iaitu :
  • Gamelan Melayu.
  • Gamelan Jawa.

Gamelan Melayu

Gamelan Melayu dikategorikan sebagai muzik bentuk tarian utama. Juga disebut sebagai gamelan Terengganu ataupun joget gamelan. Masuknya gamelan ke tanah melayu dengan wujudnya ikatan perkahwinan antara keluarga DiRaja Riau dengan keluarga Bendahara dari negeri Pahang. Bermula abad ke 20, muzik gamelan ini berpindah dari istana DiRaja Pahang ke istana DiRaja terengganu melalui perkahwinan antara Sultan Sulaiman (Terengganu) dan Tengku Mariam (Pahang). Di Terengganu la bermulanya Gamelan Melayu di mana ia dipisahkan dari unsur Jawa dengan penciptaan lagu-lagu yang baru, melodi, struktur, sistem tuning dan juga instrumentasi.

Alat muzik Gamelan Melayu :
  • Gendang
  • Bonang
  • Saron Barung
  • Saron Pekin
  • Gambang
  • Gong
  • Kenong

Gamelan Jawa

Gaemlana Jawa dikategorikan sebagai Muzik bentuk tarian utama. Berasal daripada perkatan gamel iaitu alat tukul dan gamelan bermaksud set alat muzik yang diperbuat daripada gangsa. Muzik gamelan jawa ini berasal dari pada Pulau Jawa. gamelan Jawa ini dimainkan untuk mengiringi beberapa tarian antaranya ialah tarian Kupu-kupu, Cakil, Kifrah dan lain-lain.

Alat Muzik Gamelan Jawa
  • Gendang
  • Bonang
  • Demung
  • Saron Barung
  • Saron Pekin
  • Kempol
  • Kenong
  • Gambang
  • Gong

Muzik Caklempong

Dikenali sebagai Telempong, tak lempong dan talempong. Berasal daripada minangkabau. Terdapat di daerah Kuala Pilah, Jelebu dan Lenggeng. Muzik caklempong ini digunakan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis keramaian dan perkahwinan.

Alat muzik Caklempong :
  • Gereteh
  • Bonang
  • Sauwa
  • Tingkah
  • Gendang ibu/anak
  • Bangsi
  • Serunai


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template