Monday, August 23, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bertemu lagi kita pada minggu ke-6 kuliah bagi kursus SMP 2252 (Muzik Tradisional Malaysia). Pada minggu ini, kami telah di dedahkan dengan seni persembahan Makyung dan juga Kompang. Bagi seni persembahan Makyung, terdapat 3 unsur yang perlu difahami untuk kami memahami seni persembahan Makyung ini, iaitu :
  • Sejarah Makyung.
  • Persembahan dan alat muzik.
  • Melodi, bentuk dan irama.
Mengikut sejarah, Makyung berasal dari Patani dan dipersembahkan mengikut keadaan antaranya adalah untuk ritual keagamaan dan juga persembahan. Makyung ini dikategorikan sebagai seni lakon yang sama seperti Menora, Jikey dan lain-lain lagi. Cerita asal Makyung adalah berdasarkan cerita rakyat yang bertajuk Dewa Muda. Persembahan Makyung ini mempunyai jalan ceritanya tersendiri dan dialek Makyung di Malaysia menggunakan dialek negeri Kelantan. Terdapat beberapa watak penting di dalam persembahan Makyung, antaranya ialah :
  • Pakyung dan Pakyung Muda ( watak utama)
  • Makyung dan Puteri Makyung (Raja Perempuan)
  • Peran Tua dan Peran Muda (pengasuh)
  • Tok Wan (Ahli Nujum)
Seperti seni persembahan yang lain, Makyung juga mempunyai lagunya yang tersendiri. Antara lagunya ialah :
  • Mengadap Rebab
  • Kijang Emas
  • Lagu Sindung
Irama di dalam seni persembahan Makyung pula menggunakan 4 jenis timbre iaitu Pak, Duh , Cak dan Ting. Antara alat muzik yang digunakan di dalam mempersembahkan sesuatu lagu Makyung ini ialah Rebab yang mempunyai 3 tali, sepasang gendang dan sepasang tetawak. Tetapi terdapat juga alat muzik penambahan di dalam sesuatu ensemble Makyung ini seperti Serunai, Geduk dan Canai.











Setelah kita memahami serba sedikit mengenai seni persembahan Mak yung, kita beralih arah untuk memahami satu seni persembahan yang amat popular bagi masyarakat Melayu iaitu Kompang. Seperti Makyung, kompang juga mempunyai unsur-unsur yang perlu kita fahami pada minggu ini, iaitu :
  • Sejarah Kompang
  • Alat Muzik Kompang
  • Tempoh dan Rentak
Kompang dikatakan berasal dari kebudayaan arab iaitu dari timur tengah. Ia dibawa oleh pedagang-pedagang arab semasa mereka berniaga ke Tanah Melayu satu masa dahulu. Kompang juga dikenali sebagai Dufuf, Duff, Daff, Tar atau Bendir. Kompang merupakan sejenis alat muzik membranafon. Ia diperbuat daripada kulit kambing betina, ini kerana kulit kambing betina lebih mudah diregangkan berbanding kulit kambing jantan. Permukaan sesebuah kompang di panggil sebagai belulang dan kayu di sekelilingnya dikenali sebagai baluh dan di perbuat daripada kayu nangka.

Permainan Kompang terbahagi kepada beberapa bahagian menginkut negeri antaranya ialah Kompang Hadrah di negeri Perak, Kompang Jawa di negeri Johor, Kompang kelalang di negeri Melaka dan juga Kompang Ezhar di negeri Selangor. Kompang juga mempunyai saiznya yang tertentu mengikut had umur :
  • 30 cm untuk 12 tahun dan ke bawah.
  • 32.5 cm untuk 13 dan 14 tahun.
  • 35 cm untuk 15 dan 16 tahun.
  • 37.5 sehingga 40 cm adalah untuk orang dewasa.
Terdapat beberapa rentak yang digunakan di dalam satu-satu ensemble kompang antaranya ialah rentak Masri, rentak Inang, rentak Asli dan lain-lain lagi.


Kompang Ezhar




Kompang Kelalang




Kompang Hadrah




Kompang Johor

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 ZULHILMI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template